
Mungkin anda sudah tahu beberapa jenis coklat seperti dark coklat, coklat putih, coklat koko dan coklat cair. Tapi jenis coklat apa yang terbaik untuk membuat coklat handmade ? Sudah pastinya coklat jenis compound dan couverture.
- Coklat compound adalah sangat sesuai jika anda masih baru dalam pembuatan coklat kerana anda hanya perlu cairkan coklat menggunakan double boiler. Setelah cair anda boleh masukkan ke dalam acuan yang untuk mendapatkan bentuk-bentuk mengikut cita rasa anda. Seterusnya, anda perlu keraskan dalam peti sejuk. Harga coklat compound lebih murah berbanding coklat couverture kerana kandungan coklat compound terdiri daripada serbuk koko, minyak nabati dan pemanis.
- Pembuatan coklat couverture pula lebih susah berbanding coklat compound kerana memerlukan proses tempering dimana anda perlu mengawal suhu untuk menstabilkan koko dalam coklat couverture tersebut. Hampir 40% kandungan lemak yang ada pada coklat couverture. Harga coklat couverture pula lebih mahal kerana mempunyai kandungan lemak koko yang lebih tinggi. Tetapi, lemak koko inilah yang menjadikan coklat lebih sedap dan rasa yang lebih asli berbanding coklat compound. Jadi, anda boleh mula membuat coklat dengan menggunakan 2 jenis coklat ini iaitu coklat compound dan coklat couverture.
Dalam resepi coklat homemade kali ini, saya akan menerangkan tentang cara-cara untuk membuat coklat menggunakan coklat compound sahaja. Coklat couverture agak rumit berbanding coklat compound.
Bahan-Bahan Resepi Coklat Homemade
1) Coklat compound. Anda boleh pilih samaada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate).
2) Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di atas coklat anda seperti kismis, almond, kacang, dan sebagainya. **terdapat beberapa jenama coklat compound yang boleh anda beli di kedai-kedai kek. Antara brand yang selalu digunakan adalah brand Beryl's, Colatta, Selborne.
Alatan Untuk Membuat Coklat Homemade
1) Coklat mould yang mempunyai pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati / love, bentuk bunga ros, dan sebagainya.
2) Piping bag untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Kalau tiada piping, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu.
Cara-cara Menyediakan Resepi Coklat Homemade
1) Sebelum anda dapat menggunakan coklat mould, anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu. Caranya adalah dengan menggunakan teknik “double boiler”. Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Lebih mudah jika anda mempunyai set double boiler.
2) Setelah coklat cair, isikan piping dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam mould satu persatu.
3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda.
4) Sejukkan dalam peti ais.
5) Finally, coklat homemade telah siap untuk dihidangkan atau dijual. Diharapkan resepi coklat homemade ini dapat membantu anda untuk membuat coklat hanya dari rumah. Jika anda suka resepi ini, pastikan anda kongsikan resepi coklat homemade ini bersama rakan-rakan anda.
No comments:
Post a Comment